Monday, February 20, 2012

siapa saya

saya adalah hamba Allah yang hina dina sekadar menghulur bantuan setakat yang diizinkan Allah. kita semua dari Allah dan akan kembali kepadanya, tak tahu bila entah sejam lagi ataupun petang nanti mungkin juga esok lusa kita akan kembali.tujuan saya membina blog ini hanyalah sekadar satu coretan peristiwa dan pengalaman selain saya yang lemah ini ingin berkongsi pengalaman dengan orang-orang yang lebih lama berkecimpung dalam rawatan islam. semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan rahmat dari Allah yang berkekalan.
dengan izin Allah saya telah mula menceburkan diri dalam aktiviti paranormal ini semenjak 4 tahun yang lalu. bermula dengan hanya sebagai water boy di sebuah klinik rawatan islam sehingga Allah izinkan saya untuk menjadi seorang perawat. banyak pengalaman dan pelbagai ragam manusia telah saya tempuhi. dari jatuh bangunnya klinik tersebut sehinggalah kepada penutupan klinik tersebut.

No comments:

Post a Comment