Monday, February 20, 2012

yang ku kenal

Yang ku kenal
Pepatah melayu ada mengatakan bahawa 'ikut resmi padi makin berisi makin tunduk'(betul ke ????) selepas itu ada pepatah 'diam-diam ubi berisi' dan bermacam lagi pepatah yang mengaitkan dengan ilmu.berlainan pula apa yang ku kenal sekarang, makin tinggi ilmu di dada makin meninggi diri. Subhanallah...tidakkah mereka tahu riak, bongkak dan ujub itu perosak iman nombor satu.

persoalannya apa iktikad mereka dalam menuntut ilmu adakah kerana mereka dan keluarga mereka balajar dengan orang yang ternama bermakna ilmu sudah penuh didada? Tidakkah ilmu Allah itu amat luas? apa yang kita ada ini hanya sedikit dari yang sedikit. kemana hala tuju kita menuntut ilmu, kalau lulus spm dengan cemerlang kita dah tahu ke mana kita akan pergi selepas ini(dengan izin Allah). tapi kalau dalam bidang perubatan terutamanya perubatan islam ke mana hala tuju kita selepas ini.

persoalannya lagi, kenapa kita mudah taksub????? kalau orang lain mesti guna jin, guna ilmu salah, zikir bukan kerana Allah, izinkan aku bertanya kepada perawat-perawat darul-darul muktabar yang diluar sana, apakah anda ikhlas? Dalam Menuntut ilmu, dalam mengubat orang????????? Apakah anda berzikir ikhlas kerana Allah atau hanya sekadar untuk ketahanan diri semasa merawat? Apakah rukyah yang anda baca itu tuhannya lain dengan orang yang tidak membaca rukyah....adakah mustahil bagi kuasa Allah untuk membenarkan sesiapa saja yang DIA suka agar boleh melihat jin? Apakah mustahil jika Allah izinkan kita tak perlu baca apa-apa untuk merawat orang.

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

Apakah kita perlu mempertikaikan kekuasaaNYA yang hanya perlu mengatakan "JADI". Apakah kita mempertidakkan kekuasaanNYA..persoalan yang cukup mudah.... bukan aku mengatakan mereka tidak benar, semuanya dari Allah jua pinjaman semasa didunia dan akan dipersoalkan di kemudian hari. Sebelum anda mengatakan orang lain pakai jin, ada ilmu salah dan berbagai lagi (siap keluarkan hadis nabi lagi), cerminkan diri anda apakah apa yang aku lakukan selama ini ikhlas kerana Allah atau sekadar sebutan ikhlas di lidah saja. Aku dah jumpa seorang perawat daru***** yang mana dia pernah mengatakan pada aku yang aku mendapat pertolongan dari golongan jin tapi setelah sekian lama bacaan asas yang selalu digunakkannya telah mengundang sesuatu tanpa disedarinya.

No comments:

Post a Comment